Bukan perkhidmatan ‘cap ayam’, penggiat pelancongan terbaik terima sijil MyTQA sebagai inisiatif daripada kerajaan
PERCUTIAN antara saat paling berharga berikutan ramai menyimpan wang sepanjang tahun semata-mata untuk menikmati detik melancong yang diharapkan dapat memberikan pengalaman menyeronokkan dan memuaskan. Tiada apa yang lebih mengecewakan apabila realiti yang diharapkan terhadap destinasi dikunjungi jauh daripada apa yang dibayangkan. Di Malaysia, industri pelancongan semakin pesat berkembang dan mendapat sambutan menggalakkan daripada pelancong dalam